HeresMoreInfoOn

7 Habit Terbaik Usahawan yang Berpengaruh

 

Ingin menjadi Usahawan yang berpengaruh?

 

Ada caranya untuk membangunkan personaliti jati diri untuk menjadi seseorang yang berpengaruh.

 

7 Perkara yang perlu ada dalam diri seorang Entrepreneur yang Berpengaruh:

 

 1. MAKLUM BALAS TERBUKA

Seorang usahawan yang berpengaruh selalu TERBUKA untuk menerima apa jua maklum             balas daripada sekeliling. Sama ada,ianya perkara positif atau negatif. Seorang usahawan           perlu menerima teguran dengan hati yang terbuka berkenaan dengan perniagaan.

Kerana maklumbalas daripada orang luar amat perlu untuk pembangunan perniagaan.                 Tanpa maklumbalas ini kita tidak dapat mengetahui syarikat kita berada ditahap mana. Kritikan     bagus untuk pembangunan syarikat yang kita bina agar ianya boleh ditambah baikkan untuk         menjadi sebuah perniagaan yang berjaya.

2. KEKEBALAN

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya mengambil masa yang agak lama. Ini termasuk dugaan, kepayahan dan segala kesusahan yang dilalui oleh seorang usahawan.

Kekuatan dan kekebalan seseorang usahawan membuatkan usahawan itu dapat melalui semua dugaan dengan apa cara sekalipun untuk menjadi seseorang yang berjaya. Usahawan mengambil segala RISIKO dan MELABUR dari segi masa, tenaga dan kewangan yang ada untuk melihat kejayaan dan menjadi INSPIRASI pada orang disekeliling.

3. REHAT 

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, REHAT amat diperlukan untuk memastikan yang badan dan minda berada pada tahap yang baik.

Ini penting kerana untuk berjaya minda kena sihat dan kesihatan perlu berada pada tahap yang baik agar usahawan boleh berfikir dengan waras dan tenang bagaimana untuk membangunkan perniagaan tersebut.

Usahawan yang berjaya perlu tahu cara untuk mengawal stress dan kemarahan jika ada.

Usahawan yang berjaya perlu tenang dalam melalui segala rintangan yang ada. Jadi rehat amat perlu bagi membuat keputusan yang rasional. Kawalan stress amat perlu.

Biasanya seorang usahawan ada kawalan routine yang dilakukan setiap hari. Untuk berjaya perlu ada displin yang kuat.

4. Pelajaran yang berpanjangan

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, usahawan perlu sentiasa up-to-date dengan ilmu berkenaan industri masing-masing.

Usahawan perlu ilmu untuk membangunkan syarikat mengikut trend semasa yang terkini dan bertanggung jawab dengan branding yang dibina untuk masa depan syarikat.

Usahawan tidak boleh hanya memikirkan untuk diri mereka sahaja.

Usahawan yang berjaya perlu memberi impak pada syarikat dan masyarakat sekeliling bagaimana untuk menjadi seorang yang berpengaruh dan mempunyai nilai yang tinggi serta tanggung jawab pada semua

5. KEUTAMAAN

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, usahawan perlu tahu untuk menjaga masa dengan displin yang tinggi.

KEUTAMAAN perlu diberi kepada perkara yang perlu dilakukan secara berperingkat mengikut sistem kepentingan perkara tersebut. Yang mana utama dan yang mana penting perlu disusun agar tidak bercelaru.

Pengurusan masa dan tanggungjawab untuk melaksanakan segala tugasan perlu disiapkan mengikut keutamaan. MASA dan PERHATIAN amat penting kerana masa itu amat berharga.

Belajar untuk berkata “TIDAK” juga perlu jika ianya bukan keutamaaan buat masa tersebut. Perjelasan perlu diberikan agar pengurusan dapat berjalan dengan lancar.

Peluang sekiranya ada perlu diambil kira dan diberi keutamaan jika penting untuk pembangunan dan kebaikan perniagaan.

  6. NETWORKING / JARINGAN

Untuk menjadi seorang usahawan yang berpengaruh, rangkaian yang melibatkan perniagaan       perlu ada dan sentiasa berada pada tahap yang baik. Ini amat penting untuk memastikan             bahawa jaringan perniagaan kita dapat dimanafaatkan untuk kepentingan syarikat.

Untuk disukai, disegani dan dipercayai penting untuk menjadi usahawan yang berpengaruh. Ini    adalah kunci kejayaan seseorang usahawan yang berjaya lagi berpengaruh. Dengan                    mempunyai jaringan rangkaian yang bagus perlu untuk memudahkan kerja usahawan berjaya.

Mereka yang berjaya dan disegani biasanya mempunyai banyak referal dari rangkaian orang        disekeliling yang berurusan dengan usahawan tersebut. Ini akan memudahkan kerja dan juga      mereka yang ingin bekerja sama dengan syarikat yang berjaya.

 

  7. DELIGASI 

Untuk menjadi seorang usahawan yang berpengaruh perlu ada DELIGASI. Deligasi penting         dan akan membantu untuk memudahkan segala urusan kerja usahawan.

Usahawan tidak boleh membuat semua perkara dengan sendiri. Usahawan perlu memberi           kepercayaan pada orang yang dipercayai untuk melakukan segala tugasan yang diberikan. Ini     dapat membina kepercayaan antara kedua belah pihak dan kesempuraan tugasan dari pihak       ketiga kerana Idea dari pihak ketiga amat perlu .

 

AKHIR KATA 

 

Untuk menjadi seorang USAHAWAN yang berpengaruh, usahawan perlu pandai untuk menguruskan perniagaan dengan cara efektif dan juga pandai menjaga  dan menguruskan dengan baik hal-hal peribadi. Hal-hal Peribadi dan perniagaan tidak boleh dicampur aduk.

Impak yang positif perlu ada untuk menjadi seorang usahawan yang berpengaruh.

Impak ini akan dilihat oleh masyarakat disekeliling usahawan yang berjaya.

Jadilah seorang USAHAWAN yang berpengaruh dan beretika dalam menjalankan segala amanah dalam perniagaan.

SELAMAT MAJU JAYA

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial